Monday 19 December 2016

SEJARAH RESAM UTHMANI (bahagian 1)

           Resam ‘uthmani


TAJUK – TAJUK UTAMA
l  PENGERTIAN RASM ‘UTHMANI
l  SEJARAH PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN 
I KELEBIHAN DAN KELEMAHAN RASM 'UTHMANI




l PENGERTIAN RASM ‘UTHMANI
Ø  Kalimah ‘Rasm’ : Penulisan
Ø  ‘Uthmani adalah bersempena zaman khalifah ‘Uthman Bin ‘Affan
Ø  Rasm ‘Uthmani : bentuk dan cara penulisan ayat Al-Quran berdasarkan kepada mushaf ‘Uthmani (di zaman ‘Uthman Bin ‘Affan)


l SEJARAH PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN
(3 Zaman)
1)      Zaman Rasulullah s.a.w
2)      Zaman Abu Bakar As-Siddiq
3)      Zaman ‘Uthman Bin ‘Affan

Zaman Rasulullah s.a.w :

ü  PENURUNAN AL-QURAN :
-          Rasulullah s.a.w memperdengar, menerang & menghurai maksud dan kehendak ayat Al-Quran.


ü  TINDAKAN PARA SAHABAT :
-          Hafal dan tulis pada tulang, kulit binatang, pelepah tamar, batu dan kulit kayu.


ü  PENULISAN DAN PENGUMPULAN AWAL :
-          Sahabat membuat himpunan sendiri
-           Hafalan lebih ditekankan



Zaman Abu Bakar As-Sidiq :
ü  FAKTOR :
-          Berlaku peperangan (Al-Yamamah) &70 huffaz Al-Quran mati syahid


ü  PENCENTUS IDEA :
-          Saidina Umar Al-Khattab

ü  SAHABAT YANG DIAMANAHKAN :
-          Zaid bin Thabit dan dibantu oleh para sahabat lain
-           Terhasil mushaf Al-Quran pertama.



Zaman ‘Uthman bin Affan
ü  FAKTOR :
-          Berlaku perselisihan faham tentang bacaan Al-Quran akibat perluasan wilayah Islam

ü  SAHABAT YANG DIAMANAHKAN :
-          Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Abdul Rahman bin Harith, Said bin Al-’Ash

ü  FAEDAH PEMBUKUAN :
-          Satukan umat Islam dalam penggunaan mushaf yang seragam dari segi ejaan & tulisan.
-          Satukan bacaan dan tertib surah-surah.



CARA PERLAKSANAAN PENGUMPULAN
l  Menyalin lembaran yang diambil daripada rumah Hafsah bt Umar
l  Mengambil keputusan dalam penulisan Al-Quran berdasarkan bacaan para huffaz
l  Jika terdapat perbezaan di dalam bacaan, harus ditentukan melalui dialek suku Quraish kerana Al-Quran diturunkan dalam dialek mereka
l  Dibukukan




PERBEZAAN PENGUMPULAN MUSHAF AL-QURAN

ZAMAN
SEBAB

SUMBER
PIHAK YANG TERLIBAT
BENTUK PROSES PENGUMPULAN
CARA PENGUMPULAN
Nabi
Arahan Nabi
Nabi
Nabi
Mengikut  masa turun
Hafaz dan catat
Saidina Abu Bakar
Syahid huffaz
Catatan di rumah nabi & hafazan sahabat
Zaid bin Thabit, Umar
Mengikut turutan ayat tanpa surah
Catatan dalam satu mushaf
Saidina ‘Uthman
Berbeza bacaan
Mushaf zaman Abu Bakar
4 ahli jawatan kuasa
Mengikut turutan ayat dan surah
Salin kepada beberapa salinan


KELEBIHAN RASM ‘UTHMANI :
  1. Mudah mengingati bentuk bacaan
  2. Mengikut sunnah rasulullah
  3. Kedudukan ayat terakhir dalam mukasurat adalah teratur
  4. Dibaca berbagai qiraat


Ø  MUDAH MENGINGATI BENTUK BACAAN
-          Baris tanwin yang berbeza dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid, sama ada dengung atau pun tidak.
-          Tanda waqf diletakkan di tempat yang sesuai untuk panduan pembaca.

Ø  MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH
-          Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah.

Ø  KEDUDUKAN AYAT TERAKHIR DALAM MUKASURAT ADALAH TERATUR
-          Setiap mukasurat dalam mashaf Rasm Uthmani diakhiri dengan ayat penuh. Dan pembaca dapat memberhentikan ayat bacaan dengan baik dan selesa.

Ø  DIBACA BERBAGAI QIRAAT
-          Tulisannya yang seragam dapat dibaca dalam berbagi-bagai bentuk qiraat. Memudahkan semua al-huffaz membuat rujukan.


KELEMAHAN RASM ‘UTHMANI
v  Sukar dibaca apabila ditulis tanpa baris

v  Bentuk tulisannya yang agak keliru jika ditulis tanpa baris, ini menyulitkan pembaca-pembaca yang baru mengenali al-quran untuk membaca dengan tepat.

No comments:

Post a Comment